Saturday 31 March 2012

ALLAH SENTIASA ADA WALAUPUN ADAM ITU TIADA..

ya ALLAH..
DENGARKANLAH RINTIHAN HATI INI..
HATI YANG SELALU BERADA BERSAMAMU..
HATI YG SELALU MERINDUI UCAPAN TASBIH PADAMU..
HATI YG SELALU MENDAHULUI ISTIKHARAH BILA DI PERSIMPANGAN..
YA allah..
TIba kini hati ini di gugat..
HATI INI DIRAYU..
HATI INI MULA TERASA INGIN DI BELAI..
kini tiada ya ALLAH..
HATI INI ADA NAMA ADAM..
ADAM..ADAKAH KAU RINDU PADAKU?
ADAM BILAKAH KAU AKAN MENELEFONKU?
ADAM..SEMUANYA MENJADI MILIKMU..
YAallah..
adam apa yg telah kau buat padaku?
kenapa harus begini pengakhirannnya..
adam aku xsanggup hidup tanpa kamu di sisi..
adam cantik sngatkah penggantiku di sisimu itu?
adam..andai diri ini pergi..adakah kau akn menyesal?
adam..biarlah ku bunuh diri ini..biarlah cinta ini berakhir bersama jasad ini..
ya ALLAH..bodohnya hambaMu di saat itu..
hanya merayu adam yg tak sudi..
sanggup mengorbankan nikmat yg Kau kurniakan..
ALLAH pautlah kembali hati ini...
gantikan semula nama ADAM kpd ALLAH..
ketahuilah ALLAH itu tdk pernah mengecewakan hambaNYA..
tidak pernah menolak taubat hambaNYA...
jika kita dilukai ketahuilah ALLAH itu mAHA MERAWAT..
jika kita  disakiti ketahuilah ALLAH itu Maha MENYEMBUHKAN..
jika kita tersesat igtlah ALLAH itu Maha penunjuk jalan...
jika kita terleka igtlah ALLAH itu maha mENGINGATKAN..
jika kita terhanyut igtlah ALLAH itu maha memaut..
jika kita ketakutan..igtlah ALLAh itu Maha MELINDUNG..
jika KITA SENDIRIAN IGTLAH ALLAH itu Maha MENEMANI...



*sekiaN BINGKISAN KALI ini wallahualam...

Friday 23 March 2012

checK it Out My MuSliMah

my girl....
kenapa kemana saja ku pergi..ada saja kerenahmu mengundang dosa??
inikah yg dimaksudkan dengan hadis Rasullullah wanita adalah fitnah akhir zaman?
pakai tudung..alhamdulillah..pakai baju..Astaghfirullahalazeem..(menggeleng)
cantiknya ciptaan ALLAh itu..usah di pamerkan pada yg ajnabi..
my princess..
kamu sgt hebat..berdaya menarik para lelaki dgn penampilanmu..gembira wahai hati..
tp tahukah kamu?
yg kamu menarik 3 lelaki yg kamu sayangi ke neraka?
tahukah kamu ayah,adik beradik lelakimu,juga suami yg kau cintai itu..
sedang merana di kubur?
bakal merana di akhirat..
kehebatan beginikah yg kamu cari?
gadisku..
sedarlah diri..tahu d untung..ketahuilah ALLAh itu MAha MENGHUKUM,
tiap2 jasad yg bernyawa akan di hintung,..sesungguhnya ALLAH itu Maha TEliti perhitungannya..
tp igtlah WAHAI MUSLIMAHKU..ALLAH itu Maha PEnerima taubat..
biarpun dosamu seluas daratan,sebanyak buih di lautan,sebanyak pasir di pantaian, sejuta bintang2 berkelipan..datanglah padanya dengan kerendahan hati..bukan kerendahan diri..
wallahuallam..

Wednesday 21 March 2012

aKu JuGa PeLaJaR WAhaI kAwan2ku

kawanku..
ini cebisan untuk pedoman bersama..
bukan niat melukai..tp..menasihati..
my dear..
td dalam kelas..
when lecturer tanya sape volunteer untuk present..
tak ada yang angkat tangan..
sudah ada yang volunteer..tp bila yg volunteer da habes..
yg tak volunteer tinggal..kita biarkan lec choose randomly..
sayangs..
aku adalah volunteer pada minggu pertama..
tp kini da 3minggu since lec bg task..
dears..
td sedih sangat bila kamu semua ckp yg xready lg..
dr 5 mark sepatutnya d evaluate..jd 2.5mark kamu akn di evaluate..
aku juga pelajar sahabatku..
aku juga anak..
aku juga kerjanya sama dengan tanggungan mu sahabat2ku..
tp aku sedih..
jika kamu rasa aku bukan lah contoh yg terbaik..
cuba lah amek pedoman dr Nabi SAW junjungan mulia..
dia adalah ayah,adalah ketua agama..
panglima perang,
dia jugaaaaaaa..adalah KETUA NEGARA..
dan yg pasti..hak kesamarataan..dia juga hambaNya..
manakah lebih sibuk..antara dirimu,diriku dan dia????
cuba muhasabah diri..
sama2 kita cuba jd produktif muslim..
muslim adalah kuat..
yg lemah itu adalah nafsu..
sekian perutusanku kali ini..
sahabat2ku..
wallahuallam..

Sunday 18 March 2012

muhasabah si belalang tua

menadah embun sejuk di tubir mata..
di samping pohon-pohon yg menghijau..
bertemankan sepi si malam hari..
wangi,harum bau tanah yg membisu..
membuat jiwa terpanggil menerewang jauh..
jauh kembali mengenang dosa semalam..
syaitan menduga untukku melupakannya..
hati dan nurani mengingkari firasat,
iman kental memberi semangat,
bukan bermaksud menikam semula hati yg berparut,
tetapi memaut kembali sejarah di jadikan pedoman..
agar kaki ini tidak rebah di persimpangan..

Sunday 21 August 2011

mAlaIKtuL mAuT


BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali... Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.
Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.
Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?
Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.
Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.
Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.
Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.
Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.
Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.
Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana di riwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.
Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.
Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.
Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.
Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.
Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu.
Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )